Bismillah
Subhanallah,
Alhamdulillah, Allahuakbar,
Terima
kasih Ya Allah di atas setiap kurniaan dan kasih sayangMu kepada kami. andai
ada kata yang lebih baik dari ucapan terima kasih, pasti akanku ucapkan
kepadaMu dengan sepenuh hati.
Hari-hari
dalam semester baru ini Alhamdulillah bermula dengan tenang dan lancar tanpa
begitu banyak masalah. Hanya masalah melibatkan bayaran bil-bil, serangan
lipas, dan beberapa perkara berkaitan IPIJ. Alhamdulillah, semuanya sudah
diselesaikan dengan izin Allah.
Semalam,
usai menunaikan solat zuhur di bilik, Allah menggerakkan hatiku untuk membuka
video yang di share sahabatku berkaitan pengaruh ajaran syiah yang semakin
membimbangkan di Malaysia. Bermula dari video dokumentari esklusif dari TV1,
sehingga video-video berkaitan syiah di serata dunia, konspirasi-konspirasi
jahat syiah melibatkan iran, Iraq, lubnan dan mesir. Dan dari situlah,
kerisauanku berkaitan syiah ini semakin menebal. Ya Allah,teguhkanlah hati kami dalam
agamaMu, dan jangan Engkau sesatkan peganganku dari hidayahMu.
Hari
ini pertama kali menjejakkan kaki semula ke padang bola selepas sebulan lebih
tidak menyarung but bola. Memang diakui, terasa lain selepas `berehat` selama
sebulan lebih ni. Larian jadi perlahan, stamina tiada, sepakan pun melencong ke
sana sini. Perasaan yang sama ketika terlalai untuk istiqamah dalam
ibadah,pasti sangat `berat` untuk bermula semula.
Perasaan
rindu pada teduhan bumi kelahiran sekali sekala hadir tanpa diundang dalam hati
ini.Terkenang peristiwa-peristiwa menarik yang berlaku sepanjang berada di
sana, wajah insan-insan tersayang dan teristimewa, terasa nak beli tiket
flight, mencari kembali kenangan-kenangan dan wajah-wajah itu. Peliharakanlah
mereka dalam rahmat dan redhaMu, dan izinkanlah aku bertemu kembali dengan
mereka.
Perkenanknlah
doa-doa kami Ya Allah rabbal a`alamin.
Allahumma
amiin.
Wallahu`alam.
Teduhan
pohonan maple,
Bumi
perantau moden.