Monday 25 April 2011

Roti 'Senyum'

Bismillah..
“Kesian roti tu dh nk expired pn xda org nk makan..”, hati kecilku berbisik.

Maka aku terus mencapai bungkusan roti tersebut lalu mngeluarkan beberapa keping daripadanya.Nasib baik masih lembut dan tak lemau dek angin yang masuk.


Aku mempunyai 2 pilihan,sama ada mahu meletakkan `chocholate peanut butter` atau cecah sahaja dengan air susu+koko.tapi selalu tu la yang aku dah lakukan,aku mahukan sesuatu yang berbeza.yang mampu membuatkan diriku lebih berselera untuk menghabiskannya.


Otakku ligat memikirkan apa yang ptut dibuat dengan roti-roti yang kelihatan sungguh enak dimakan begitu saja.ku lihat disekeliling bilik,dan mataku terpandang kotak choki-choki yang sudah terbuka tu.


“Wah,macam menarik je kalu letak choki2 ni”, getus hatiku.lalu ku capai choki2 tersebut,dan diletakkn di sebelah roti-roti tadi.maka,bermulalah operasi menghias roti-roti untuk dimakan sebagai pengalas perut sepanjang aku berpuasa pada hari itu. Dan yang paling menarik adalah roti `senyum` yang sempat aku ambil gambarnya sebelum hilang dari pandangan mata.


Begitulah kisah bagaimana roti `senyum` ini terhasil.walaupun nmpk macam kebudak-budakkan, yela,boleh pulak hias-hias roti dengan choki2, tapi natijah dan ibrah dari kisah ni insyaAllah boleh dijadikan pedoman hidup buat diri kita.


1. Jangan membazirkan apa-apa sahaja yang kita ada,terutama sekali makanan,kerana keberkatan makanan tu,kita xtahu dibahagian mana yang Allah akan berikan.


2. Berani untuk mencuba sesuatu yang luar biasa,xsalah untuk kita mencuba,dan xsalah untuk kita menjadi asing daripada biasa.


3. Jangan sempitkan fikiran kita apabila bertemu dengan masalah,cuba fikir dari sudut pandangan yang berbeza.mungkin anda akan bertemu penyelesaian yang terbaik.


4. Ambillah iktibar dari setiap perkara,walaupun sekecil2 perkara seperti roti senyum ini.pasti ada hikmah dari setiap apa yang Allah telah jadikan dan tetapkan.


Wallahu a’alam..

Tuesday 19 April 2011

Tidak susah jikalau anda bersungguh2

1 - 10: Nutrisi dan Diet Pemakanan.
Kita mulakan dengan tip-tip diet dan pemakanan.
1. Makan 5-7 hidangan kecil berbanding tiga hidangan besar. Ini bukan sahaja dapat mengawal nafsu makan, malah memastikan tenaga anda berterusan sepanjang hari.
2. Jangan skip hidangan. Ia tidak akan membantu anda kuruskan badan kerana nafsu makan anda akan bergelora dan metabolisma badan anda akan menurun.
3. Kenali keperluan kalori seharian anda. Ramai yang tidak mengenali keperluan kalori seharian masing-masing. Kalau tidak tahu, bagaimana hendak mengawal kuantiti pemakanan?!
4. Roti canai ... berapakah kalorinya? Pastikan anda kenali kandungan kalori-kalori makanan dan minuman seharian anda. Gunakan laman web seperti Cekodok.com untuk panduan percuma.
5. Elakkan kalori daripada minuman. Ini adalah tip kuruskan badan yang paling mudah. Anda hanya perlu menggantikan minuman bergula seperti teh ais, milo, soft drink dan lain-lain dengan air bebas gula. Dengan cara ini, anda boleh mengurangkan kira-kira 10kg dalam setahun. Ingin belajar caranya? Mudah sahaja, kira jumlah kalori yang anda boleh jimat dengan tip ini.
6. Minum air mineral. Air tidak mengandungi apa-apa kalori dan tidak boleh menambahkan berat badan untuk jangka masa panjang. Tetapi elakkan pengambilan garam berlebihan kerana ia akan menambah takungan air dalam badan anda.
7. Jangan makan buah-buahan dengan berlebihan. Walaupun buah-buahan mengandungi vitamin dan mineral, ia juga mengandungi kalori (gula) yang boleh menggemukkan.
8. Segenggam tangan karbohidrat. Samaada anda makan nasi, roti, mee mahupun kentang (semua sumber karbohidrat), pastikan saiz hidangan tidak melebihi segenggam tangan. Jikalau masih tidak kenyang, tambahkan lauk.
9. Pastikan kuantiti pengambilan protein mencukupi. Sebagai panduan, ingatkan diri anda untuk mengambil 2 - 2.5g untuk setiap kg berat badan anda. Pastikan juga protein lebih mengenyangkan berbanding karbohidrat.
10. Kawal nafsu makan! Satu-satunya cara untuk mengawal nasfu adalah dengan memastikan ia tidak berpeluang untuk terjadi. Namun sekiranya nafsu makan itu sudah tiba, maka ia sudah terlewat.
11 - 20: Senaman.
Senaman sepatutnya menjadi aktiviti yang menyeronokkan. Anda tidak perlu mencari trendsenaman yang terkini. Apa yang penting ialah anda mencari senaman yang serasi dengan gaya hidup dan minat anda.
1. Senaman tidak wajib! Kalau anda ingin mengurangkan berat badan, senaman sebenarnya tidak wajib. Tetapi ia dapat membantu mempercepatkan usaha anda.
2. Angkat berat! Tak kira jantina dan umur. Pastikan anda memasukkan senaman angkat berat dalam program senaman anda. Kenapa? Kerana ia membantu menguatkan otot, tulang, sendi-sendi dan akhirnya jika anda sudah berjaya menguruskan badan, sudah tentu anda inginkan badan yang kental bukan?.
3. Pentingkan kualiti senaman. Senaman bukan hanya bergantung kepada kuantiti tapi yang paling penting adalah kualiti senaman anda. Pastikan anda mahir dalam persediaan dan pelaksanaan senaman anda. Kalau tidak pasti, dapatkan panduan yang bernas daripada mereka yang mahir.
4. Pastikan anda bakar lemak dan bukannya glukose. Sekiranya anda berjoging atau bermain badminton dengan harapan untuk membakar lemak, pastikan anda elakkan diri dari mengambil minuman seperti Milo, 100Plus atau Gatorade.
5. Tidak perlu bersenam setiap hari. Jika bersenam, tidak perlulah melakukannya setiap hari. Ketahuilah bahawa hanya 2 - 4 kali seminggu sudah memadai. Biarkan badan anda rehat dan pulih. Ingat, yang penting adalah kualiti senaman, bukannya kuantiti senaman anda.
6. Inginkan perut yang kempis? Crunches dan peralatan abs sebenarnya tidak berkesan kerana selagi otot abs diliputi dengan lapisan lemak, maka otot abs anda tidak akan menonjol. Fokuskan usaha anda kepada senaman kardio dan penjagaan pemakanan untuk membakar lemak.
7. Senaman untuk toning?. Senaman semata-mata tidak akan menunjukkan perubahan positif. Usaha anda perlu digabungkan dengan pemakanan yang baik untuk membakar kalori (lemak)..
8. Sauna dan steam room? Kedua-duanya boleh membantu mambakar kalori dan membuang air dalam badan. Justeru, ia tidak menjadi masalah anda jika anda ingin mengunjunginya.
21 - 25: Supplement dan makanan tambahan.
Jika digabungkan dengan diet, senaman asas yang baik serta supplementyang mencukupi, ia dapat membantu mempercepatkan usaha anda untuk mengurangkan berat badan. Tapi ... pastikan anda tidak tertipu dengan gambar sebelum dan selepas yang sering dilihat di dalam pengiklanan.
1. Pil cepat kurus? Tidak kira di mana dan apa juga harganya, tiada pil ajaib yang boleh mengurangkan berat badan serta membakar lemak tanpa gabungan pemakanan asas yang baik. Ia mustahil.
2. Adakah pembakar lemak berkesan? Secara teorinya, yes. Peranan pembakar lemak adalah untuk menaikkan metabolisma badan anda melalui ramuan seperti caffeine danguarana. Jadi dengan pembakaran kalori berlebihanan ini, anda dapat mengurangkan berat badan. walaubagaimanapun, nasihat saya, jangan bergantung kepada mana-manasupplement untuk jangka masa panjang.
3. Ingin mengurangkan 1kg? Anda perlu bakar atau membuang 7,700 kalori samada melalui makanan, senaman ataupun gabungan kedua-duanya sekali.
4. Supplement protein merupakan pilihan yang baik sebagai snek antara hidangan.Supplement protein rendah dari segi kalori, mudah dibeli dimana-mana dan boleh disimpan di pejabat mahupun di rumah.
5. Dapatkan supplement multivitamin yang baik. Kekurangan micro-nutrisi boleh menyebabkan nafsu makan anda naik. Jadi pastikan anda mempunyai supplement multi-vitaman yang bersesuaian dengan jantina, umur dan gaya hidup anda yang unik.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang mafhumnya:
“Allah lebih menyayangi orang Mu’min yang kuat daripada orang Mu’min yang lemah’.
(Riwayat Muslim)



Seorang sahabatku telah berkongsikan tips2 ni yang aku sendiri xtahu mampu x aku buat semuanya sekali..tp,insyaAllah azam dan mujahadah itu penting dalam setiap kebaikan yang kita mahukan,jadi jangan beri alasan,usahakan sehabis baik dan terus istiqamah dengannya.InsyaAllah..=) 
*walaupun aku sbtulny xdela gemuk pn,cma terasa nk kurus dan jadi lebih sihat..^^


Wallahua’lam

Monday 18 April 2011

Sesekali diuji





Apa jua bala bencana singgah menerpa
Menguji jauh mananya sabar kita
Mungkin selama ini kita terlupa

Kita terlalu leka dengan nikmat kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa

Bila kesusahan
Terasa hidup terlalu payah
Berbagai persoalan menerjah
Baru minta petunjuk hidayah

Usah berputus asa
Kerana ada rahmat disebaliknya
Yang tidak kita ketahui
Dalam hidup ini
Teruslah berdoa

Pada Allah
Pengasih…Pemurah dan Penyayang

Kita terlalu leka dengan nikmat…kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa


Watch here

Friday 15 April 2011

また再建しましょう!!


Bismillahirrahmanirrahim...

Subhanallah,Alhamdulillah,masih Allah perkenankan diriku untuk terus hidup menghirup udara ciptaanNYA, juga masih diberikan jiwa dan hati yang sentiasa mahu mencari keredhaanNYA walau dengan apa jua cara..

Terasa seperti semalam aku mendengar perkataan GWG;Golden Week Gathering yang saban tahun dianjurkan oleh IPIJ;ikatan persaudaraan islam jepun sebagai salah satu program tahunannya. Dengan bertanyakan sahabat sekelas berbangsa jepun, apabila aku mendapat tahu kenapa cuti ini dipanggil `golden week`..sangat menarik..^^ clik sini untuk info

Tahun lepas,aku telah diberikan amanah untuk `mengarahkan` program yang sama,nama yang sama,pada tarikh yang hampir sama,cuma tema yang berbeza.Memang berat memikul amanah yang diberikan orang,tidak mudah,malah sangat-sangat menguji kekuatan fizikal dan mental dalam berhadapan dengan ujian-ujian yang datang tanpa diduga.Dan Alhamdulillah,apabila segalanya selesai,umpama diangkat satu bebanan dari atas bahu,terasa ringan seketika..Namun,beginilah fitrah seorang yang mahu bergelar pendakwah,tidak akan ada rehat untuknya,sehinggalah tiba masa ketika nyawanya ditarik dari tubuh kelak,maka tibalah waktu `berehat` yang dinantikannya.

Bukan hendak bercerita tentang GWG yang lepas itu,tetapi berkenaan GWG yang akan diadakan tidak lama lagi. Bertempat di Yaizu, Shizuoka, Japan, proram sepanjang 3hari 2malam ini,insyaAllah menjanjikan aktiviti-aktiviti,pengisian-pengisian yang sangat menarik.Mungkin lebih baik dan menarik dari tahun-tahun sebelum ini,jadi untuk mengetahuinya,anda harus mendaftar sekarang dan nantikannya..^^
untuk mendaftar,sila klik sini

Wassalam..

Wednesday 13 April 2011

دعاء الرابطة      



Ya Allah, Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana kecintaan kepadaMu, mereka telah bertemu kerana mentaatiMu, mereka telah bersatu kerana dakwahMu, mereka telah berjanji untuk menolong menegakkan syariatMu.Oleh itu Ya Allah..Eratkanlah hubungan ikatan ini, teruskan kasih sayangnya, berilah petunjuk untuknya.Ya Allah.. penuhilah hati ini dengan cahayaMu yang tidak padam-padam, terangkanlah hati ini dengan limpahan iman dan tawakkal kepadaMu, hidupkanlah hati ini dengan mengenaliMu..DAN matikanlah kami sebagai syaheed di jalanMu.Engkaulah sebaik-baik Penjaga dan sebaik-baik Penolong..

Sunday 10 April 2011

PELITA HIDUP

Hidup ini bagai lampu dinding 
Yang dinyalakan dimalam hari 
Apabila minyak sudah kering 
Ia kan pasti padam sendiri 

Demikian juga hidup manusia 
Selama hidup di dunia ini 
Bila dah cukup umur usia 
Putuslah hubungan di sana sini 

Setelah kita tinggalkan dunia 
Alam yang lain pula menanti 
Apakah kita dapat kurnia 
Itu melihat amal dan bakti 

Di sana insan cemas dan bimbang 
Tak dapat lagi buat alasan 
Buruk dan baik akan ditimbang 
Kedua-duanya dapat balasan


2012-KONSPIRASI GALAKTIK




Selepas buku Membongkar Misteri Dajjal, penulis bestseller iaitu Tuan Muhammad Nurani Maarif berjaya mengeluarkan buku kedua beliau iaitu “Fitnah 2012: Konspirasi Galaktik” yang mempunyai kelainannya yang tersendiri.

KEANEHAN DALAM BUKU BELIAU

Berita Arab Saudi mengarahkan Amerika menyerang Iran terdapat dalam buku ini. Ketika beliau menulis setahun yang lalu semuanya kelihatan berbalam-balam tapi kini ketegangan itu makin memuncak. Berbetulan dengan keluarnya buku ini senario yang dulu tertulis sebagai hipothesis kelihatan semacam nyata. Sebetulnya kalam asalnya bukan dari beliau, tapi ada matan nubuwah mengenai insiden itu cuma hurainya dari beliau bagaimana krisis Arab-Iran ini terjadi.

KELAINAN DALAM BUKU BELIAU

Setakat ini belum ada yang membongkar siapa pencetus sebenar di balik angka 2012 & kenapa. Dalam buku ini memberi gambaran apa, siapa & kenapa 2012.

KEINDAHAN DALAM BUKU BELIAU

Gambar dan grafik warna yang mengujakan. Jika anda takjub dengan cerita-cerita aneh 2012 yang pernah anda dengar – tunggu! Baca dan lihat dulu buku ini. Ia diselangi dengan gambran indah galaksi dan cakrasuria bersama ayat al-Quran tentang penciptaan langit. Tauhid anda akan terusik bila membaca dan menatapi grafik ini.

KEJUTAN DALAM BUKU BELIAU

Tahukah anda siapa, bagaimana & di mana IMAM MAHDI akan muncul. Di hujung buku ini beliau abadikan pencarian beliau tentang insan aneh yang disebut-sebut akan muncul sebelum Dajjal. Ada maklumat yang belum pernah anda ketahui akan terjumpa di antara helaian ini.


SINOPSIS 

2012 adalah cerita lama yang diberikan nafas baru,versi hangat dan hebat.2012 adalah igauan ciptaan barat.Satu produk yang mahu dipasarkan pada kita penduduk dunia.Mereka memaksa semua orang mempercayainya.Sungguhpun ramai dikalangan kita yang tidak mahu ambil peduli,memandang remeh igauan 2012 ini,namun percayalah ia sudah dirangka sedemikian,seperti badai yang akan menghempas dan menghancurkan tebing-tebing pantai.

Bagi kita umat islam,yakinlah dengan ni`mat Iman bahawa semuanya sudah berada dalam ilmu Allah.maka sandaran terbaik kita adalah Allah,Dia pemilik segala bencana yang akan menggegarkan gunung-gunung yang kukuh berdiri.Dia yang akan meruntuhkan langit bersama hiasan bintang yang ditaburNya-Dia adalah Pencipta dan Pemilik semua itu.Tidak ada keraguan tentangnya.Jika benar Dajjal merancang konspirasi bencana pada 2012,Allah sudah terlebih dahulu merancang dan perancangan Allah itulah yang terbaik.




Friday 1 April 2011

Kanan Itu Berkat

“Jangan makan dengan tangan kiri, gunalah tangan kanan”, pesan ibu sewaktu kita kecil-kecil dulu.

Terdapat satu hadis, kisah Umar bin Abi Salamah yang menceritakan bahawa beliau ketika masih kanak-kanak pernah bersama Rasulullah s.a.w pada waktu makan malam. Lantas tangan beliau cuba mencapai makanan. Lalu sabda Nabi s.a.w yang mafhumnya, “Wahai anak, sebutlah nama Allah (sebelum makan), makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah makanan yang dekat denganmu dahulu’’. (Mutaffaq ‘alaih)

Melalui hadis tersebut dapatlah kita fahami bahawa salah satu ajaran Islam yang ditekankan Rasulullah ialah makanlah dengan tangan kanan. Sebenarnya, tidak kiralah dalam apa jua tindakan dan pekerjaan yang kita lakukan, kita disunatkan melakukannya menggunakan anggota kanan.

Setiap urusan yang mulia termasuklah makan minum, mengambil atau memberi sesuatu , maka disunatkan menggunakan anggota kanan. Sebaliknya jika ia merupakan kerja kotor atau bukan mulia seperti masuk tandas, beristinjak dan sebagainya, maka hendaklah menggunakan anggota kiri.

Kenapa dilarang menggunakan anggota kiri ?

1.Kiri adalah amalan dan kebiasan syaitan.
Syaitan adalah musuh ketat manusia. Apakah sepatutnya kita mencontohi amalan yang disukai oleh musuh kita. Syaitan tidak pernah putus asa menarik kita untuk menjejaki cara mereka. Nabi s.a.w menyarankan kita makan menggunakan tangan kanan supaya menyalahi amalan syaitan.

Firman Allah yang mafhumnya,
“Wahai orang yang beriman, janganlah kamu menuruti jejak langkah syaitan. Dan sesiapa yang menurut jejak langkah syaitan, maka sesungguhnya syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara yang keji dan mungkar. ” (An-Nur 24:21)

2.Sifat Takkabur
Nabi melarang kita menggunakan anggota kiri kerana bertujuan mengajar kita agar jangan bersikap takabbur. Sudah tentu orang yang tidak mahu mengikut perintah agama ia adalah orang yang takkabur, sombong dan bongkak. Syaitan dihalau dari syurga pun kerana kesombongannya yang tidak mahu sujud kepada Adam atas perintah Allah s.w.t.

3. Kebersihan makanan
Sudah menjadi syariat, apabila kita hendak membasuh najis, maka hendaklah kita menggunakan tangan kiri. Jadi, penggunaan tangan kanan bertujuan mengekalkan kebersihan makanan yang kita makan. Dari segi naluri manusia normal, kita akan berasa jijik sekiranya makan dengan tangan yang sama yang digunakan untuk membasuh najis atau menyentuh benda-benda kotor.

4. Keberkatan mengikut sunah
Apa yang paling penting, menggunakan anggota kanan dalam melakukan kerja-kerja mulia adalah sunah Rasulullah s.a.w. Maka aspek berkat menjadi objektif utama dalam perlakuan yang dimulakan dengan anggota kanan.

p/s : Berhati-hatilah dalam setiap perlakuan kita. Moga sentiasa beroleh berkat. Bagaimana ? Dengan sentiasa mencontohi Rasulullah s.a.w melalui sunah.

Wallahua’lam.