Thursday, 4 October 2012

Melangkah semula


Bismillah

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar,


Terima kasih Ya Allah di atas setiap kurniaan dan kasih sayangMu kepada kami. andai ada kata yang lebih baik dari ucapan terima kasih, pasti akanku ucapkan kepadaMu dengan sepenuh hati.

Hari-hari dalam semester baru ini Alhamdulillah bermula dengan tenang dan lancar tanpa begitu banyak masalah. Hanya masalah melibatkan bayaran bil-bil, serangan lipas, dan beberapa perkara berkaitan IPIJ. Alhamdulillah, semuanya sudah diselesaikan dengan izin Allah.

Semalam, usai menunaikan solat zuhur di bilik, Allah menggerakkan hatiku untuk membuka video yang di share sahabatku berkaitan pengaruh ajaran syiah yang semakin membimbangkan di Malaysia. Bermula dari video dokumentari esklusif dari TV1, sehingga video-video berkaitan syiah di serata dunia, konspirasi-konspirasi jahat syiah melibatkan iran, Iraq, lubnan dan mesir. Dan dari situlah, kerisauanku berkaitan syiah ini semakin menebal. Ya Allah,teguhkanlah hati kami dalam agamaMu, dan jangan Engkau sesatkan peganganku dari hidayahMu.

Hari ini pertama kali menjejakkan kaki semula ke padang bola selepas sebulan lebih tidak menyarung but bola. Memang diakui, terasa lain selepas `berehat` selama sebulan lebih ni. Larian jadi perlahan, stamina tiada, sepakan pun melencong ke sana sini. Perasaan yang sama ketika terlalai untuk istiqamah dalam ibadah,pasti sangat `berat` untuk bermula semula.

Perasaan rindu pada teduhan bumi kelahiran sekali sekala hadir tanpa diundang dalam hati ini.Terkenang peristiwa-peristiwa menarik yang berlaku sepanjang berada di sana, wajah insan-insan tersayang dan teristimewa, terasa nak beli tiket flight, mencari kembali kenangan-kenangan dan wajah-wajah itu. Peliharakanlah mereka dalam rahmat dan redhaMu, dan izinkanlah aku bertemu kembali dengan mereka.

Perkenanknlah doa-doa kami Ya Allah rabbal a`alamin.
Allahumma amiin.


Wallahu`alam.

Teduhan pohonan maple,
Bumi perantau moden.

Monday, 1 October 2012

Menjadi Perantau Kembali


Bismillah

Perantau musafir perjuangan
Tabahkanlah hati mu
Berjuang di rantau orang
Sedih pilu hanya engkau yang tahu

Ingatan anak dan isteri
Janganlah menghiris hatimu
Kerinduan desa nan permai
Janganlah melemahkan semangat juangmu

Diwaktu ujian datang terus melanda
Engkau tetap gigih berjuang
Membenarkan sabda junjungan
Terus memburu menuntut janji
Pastilah islam gemilang lagi

Tapi pejuang kembara perjuangan
Ujian bukan batu penghalang
Kerana itulah syarat dalam berjuang


Terasa hati sebak mendengar alunan bait-bait kata nasyid yang sungguh indah dan menyentuh perasaan ini ketika aku sedang mengemas barang-barang yang akan dibawa sebagai perantau nanti.Begitu menusuk hati dan perasaan;adakah aku ini benar-benar mampu menjadi seorang perantau yang diredhaiNya?adakah jalan yang aku lalui ini adalah jalan perantau menujuNya?

Ya Allah,Engkau bekalkanlah aku dengan hidayah dan petunjukMu disepanjang aku merantau mencari redhaMu ini.Tidak kira di mana kakiku memijak bumiMu ini,di mana aku mencari teduhan langitMu ini,aku pasti sangat mengharapkan kehadiranMu di sisi.Membimbing,menjaga dan menyusunkan kehidupan yang terbaik buatku.

Akhlak dan Itqan,dua sifat peribadi muslim yang pasti diimpikan hamba-hambaMu yang muslih,bagi mencari redhaMu,mencari kebaikan bukan hanya buat diri,malah insan-insan yang berada di sekelilingnya.Engkau tanamkanlah sifat-sifat ini di dalam hati dan diriku dengan istiqamah,agar aku terus teguh sebagai perantau di jalanMu.

Wallahu`alam

Teduhan pohonan dedaun merah,
Bumi Perantau Moden.

Thursday, 27 September 2012

Law Kana Bainana




Bismillah..

Allahumma solli a`la saiyidina muhammad..

Dirimu seorang rasul yang sangat mulia di sisi Tuhan Yang Esa,
Kerana usaha dakwahmu lah,kini diriku mengenal Islam
dan bersama-sama memperjuangkannya.
Jadikanlah diriku seorang umat kekasihMu yang sentiasa melaksanakan perintahMU dan mengikuti jejak langkah rasulMu itu Ya Allah.
sempatkanlah kami bertemu dengan baginda rasullullah kelak Ya Allah,
Wahai Tuhan yang Maha memperkenankan doa.

Allahumma amiin..

Wallahu`alam.


Teduhan Bumi Kelahiran.


Tuesday, 25 September 2012

Pain,tears and the past



Bismillah..

Berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikul.

Semoga terus tabah dan sabar dengan ujianNYA,kerana Dia mahu mendidik kita menjadi pejuang yang tidak mudah menangis apabila di uji dengan kesakitan.

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah, ayat 214:
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).

Allahu yassiruna fi kulli hal

wallahua`alam.




Friday, 30 March 2012

Harga


Harga sebuah kehidupan
bukan bisa dinilai
dengan emas dan permata
kerana ia anugerah
maha tinggi
daripada Allah yang Maha Kuasa.

Kerana mahalnya kehidupan
hargailah ia
dengan rasa syukur
lalu diperbanyakkan amalan
demi amalan
demi memperolehi
ganjaran pahala yang
amat besar maknanya.

Semoga kehidupan ini
ada kerahmatan dan kenikmatan
buat kita hamba Tuhan
tulus dan ikhlas.
mendepani segalanya.


cc: Nordin Hj Abdullah.

Monday, 16 January 2012

Research lab


ABSTRACT

Aluminum composites with high Silicon contents have been produced by Spark Plasma Sintering (SPS) technique to improve thermal conductivity (T.C.) and coefficient of thermal expansion (C.T.E) for heat spreading applications. The heat spreader should have to be compatible with both T.C and C.T.E to semiconductors or ceramic substrates, as well as good mechanical properties and low density of electronic components. Al-12 Si powders was used as a raw material and Si powders (45μm) were added with ratio friction 20, 30, 40, 50 and 60 mass% in total to produce Al-Si composites by SPS process under a condition of 500℃ and 2 minutes holding time. Also, Al-40 mass% Si composites were fabricated with different sintering temperatures (500℃,530℃) and different Si particle sizes (5μm, 45μm, 150μm ) in order to investigate the effect of sintering condition on relative density, microstructure and Vickers Hardness (HV). A few of theoretical model equations were used to predict the T.C. and C.T.E for each conditions. As conclusion, it is predicted that Al-40mass% Si with 45μm Si particle size at high sintering temperatures (530℃) are very suitable to produce the heat spreader by SPS process.




Bismillah,



Alhamdulillah,kerana ALLAH masih memelihara imanku,islamku,juga kesihatanku sehingga saat ini.



Abstract di atas adalah sedikit pengenalan kepada research yang telah aku jalankan sepanjang tahun ini,sebagai graduating research,yang mana setiap pelajar yang akan grad,wajib membuat research seperti ini, dan akan dibentangkan pada 2,3 hb Feb nanti.



Nampak macam complicated,sebetulnya takde lah susah sangat research ni,cuma banyak benda kena buat untuk dapatkan hasilnya.Mula-mula dulu take time gak nak fahamkan,sebab kena translate dari jepun ke BI, pastu ke BM.huhu skang Alhamdulillah,boleh faham apa yang kitorg buat, matlamat, result dll.



Dah sedaya upaya untuk gunakan simple English, kalau masih susah nak faham,mungkin sebab penggunaan engineering terms yang kadang aku sendiri pun tak tahu.Sekadar nak berkongsi, xperlu fahamkan semua pun.^^



Wallahu`alam.

Wednesday, 11 January 2012

1001 Inventions and The Library of Secrets - starring Sir Ben Kingsley a...

Three school children visit a dusty library to research the story of 'The Dark Ages'. What they find changes their world view dramatically as ingenious inventors and pioneers of science and culture are vividly brought to life.

Starring Oscar-winning legend Sir Ben Kingsley in the role of The Librarian, this astounding movie provides an eye-opening introduction to the 1001 Inventions initiative and is the centrepiece for the global touring exhibition.

Come and enjoy the movie in full widescreen and surround sound at the Science Museum in London (until the 30th June 2010).

Entry is free for both children and adults.

*******************

The 1001 Inventions exhibition opened at London's Science Museum on January 21st 2010. Since that time it became one of the most popular exhibition's that this prestigious venue has ever hosted.

An average of 3,000 visitors a day visited the exhibition, and the feedback from the audience has been overwhelmingly positive.

This video gives a brief introduction to the exhibition's current residency. 1001 Inventions was at the Science Museum in London from 21st January to 30th June 2010 followed by Istanbul in Sultan Ahmet from 18th August to 05th October and now the exhibition is showing its glory at the New York hall of Science till April 2011.

********

1001 Inventions is a global educational initiative that promotes awareness of the scientific and cultural achievements of Muslim civilisation, during the thousand year period from the 7th century onwards, and how those contributions helped build the foundations of our modern world.

Working with the world's leading academics, 1001 Inventions engages with the public through educational media and interactive global exhibitions, in order to highlight the shared cultural and technological inheritance of humanity.

Since it launched in March 2006, 1001 Inventions has successfully educated more than a million people, promoted cross-cultural understanding and strengthened social cohesion.

1001 Inventions was created by the academic Foundation for Science, Technology and Civilisation (FSTC) with support from the British Government.


Tuesday, 10 January 2012

Kalam Tuhan



Hamba selalunya memuja muji Tuhannya bila ditimpa susah. Menjauh sendiri leka pergi bila senang. Dan aku adalah tipikal hamba. Tapi Tuhanku sentiasa ada. paling baik. Yang tahu segala. Yang Maha mengampunkan. Maha Mulia

Sungguh. Allah tidak pernah meninggalkan aku walau untuk kadar sekelip mata pun. Sentiasa jaga. Walau disetiapnya, aku lupa. Aku pergi. Aku leka. Aku perempuan paling biasa, yang hidup aku ada jatuh bangunnya. Ada suka duka. Ada dugaannya. Ada sempit susah yang aku lalui demi detik-detik dewasa ini.

Dan lewat kebelakangan ini.Aku diuji Tuhan dengan masalah yang tak kunjung tiba.
Masalah yang tiada.
Masalah yang kalau menyapa pun sekelumit cuma.
Mungkin.
Kerana hakikatnya, ketiadaan musibah-musibah yang nyata itu menjauhkan jarak aku pada penciptaku
Disibuk sesakkan aku dgn tugas-tugas dunia,Kafarahnya resah gelisah yang menyelirat di jiwa.

Aku menggagah berat tubuh sendiri 10 minit sebelum subuh tadi.
Berat.
Maka berat dan sukarnya memaksa aku mengalirkan air mata.
Tersedar terlambatnya aku hari ini.
Tersedar culasnya aku kebelakangan ini.
Tersedar alpanya aku dek mainan dunia ini.




Awalnya, jiwa aku gersang.
Aku kosong rasa.
Maka aku tahu ada penyakit dalam jasad aku.
Mengapa pagi ini rasa tak termampu?
Mengapa sukar mengalirnya mutiara air mata.

Lalu dalam sujud aku persoalkan kepada Dia,
Aku akui kejauhan aku berada.
Aku akui kealpaan aku terbawa-bawa,
Aku akui resah gelisah yang berselirat di dalam dada.
Tentang air mata yang ingin tumpah tak tahu mengapa,
Namun bagai kering kontang gersang di tanah sahara.

Aku tidak tahu apa ini kafarahNya,
Atau cara aku dididikNya,
Bila dalam sujud itu aku terlena.
Dalam adukku aku hilang dari jaga,
Dalam resah aku diulik air mata,
Dan diminda aku didodoi-dodoi oleh kalamNYA.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu (Muhammad)?,
Dan Kami telah menghilangkan dari padamu bebanmu,
yang memberatkan punggungmu
Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu.
Kerana sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan,
Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan.
Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain
Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.
.

Terima kasih Tuhan,
Kerana dicampakkan rasa resah gelisah ini.
Kerana tidak pernah meninggalkan hambaMu,
Walau aku pernah melupakanMu.


Kerana sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan


Sungguh. Aku rindu pada nikmat rinduMu,
Pada rasa hati ini diasak rasa cintaMu,
Pada rasa tidak sendiri sentiasa ada.

Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan..

Aku buta selepas dilapangnya dada.lalu tertipu. Kerana lapangnya bukan selama.
Bila dalam hati kian alpa dari tetap mengingatinya.
Aku tak memandang sulitnya ujian bila tak telihat nyatanya. Aku terlupa bila telah teduh hujan, mentari tak kekal selamanya. Tetap kan datang petir ribut. Lalu aku lupa bersungguh-sungguh menjalankan amanah selaku hamba.

Ambil jiwaku Ya Rabb.
Asakan lagi rasaku dengan cintaMu,
Dakap kejab hatiku,
Hingga aku tak rasa perlu pada yang selain Engkau.

Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap..

Hanya padaMu aku berserah.
Hanya padaMu aku berharap.
Hanya padaMu.
Kerana dengan mengingatiMu hati akan tenang.
Kerana dengan cintaMu aku mampu bertahan.

Perkongsian dari IluvIslam

Monday, 9 January 2012

En.Salji dan En.kucing



Bismillah,

Syukur pada ALLAH kerana masih membuka peluang kepada ku untuk bertaubat kepadaNYA dengan kurniaan nyawa pada hari ini,kerana ku tahu,DIA sayangkan aku,Dia tidak mahu aku terus hidup dalam nikmat kesenangan dunia semata2.Alhamdulillah.


Semalam petang sempat buat `yukidaruma` atau dalam BInya,snowman,atau dalam BMnya orang salji salju ^^.Dengan berkasut but salji yang tingginya paras lutut,baju sejuk bertutup kepala,sarung tangan tebal,dan kamera,kerja-kerja pembinaan yukidaruma itu bermula.Lebih 2jam gak baru siap sebab buat bertiga orang sahaja.Last2 tak sempat nak amik gambar sebab dah masuk waktu maghrib,dan plan nak amik gambar hari ni.

Dan hari ni,walaupun cuaca cerah,tak sempat lagi nak bergambar dengan en.yukidaruma sebab salji lebat.InsyaALLAH kalau petang ni ok,akan bergambar ramai2.Kesian en.yukidaruma duk dalam hujan salji lebat tu seorang diri.Semoga dia tabah.

Sunyi,

Sebab kucing kuning yang nakal tu dah balik ke tuan dia.

Teringat time mula-mula terjumpa bun-chan tu,mengiaw berseekoran kat tepi dewan makan asrama.Kecik dan kurus je dia,walaupun perut dia buncit(sbb tu dapat nama bun-chan^^).Ibu selalu kata,kita beri makan ke haiwan ni,insyaALLAH mereka akan mendoakan kita.^^ amiin.

*gambar di atas adalah gmbar en.yukidaruma tahun lepas.

Wallahu`alam.

Sunday, 18 December 2011

Ku Baca Firman Persaudaraan.



Bismillah

Ketika ku baca firmanNYA

Sungguh tiap mukmin itu bersaudara

Aku tahu

Ukhwah tak perlu diperjuangkan

Tak perlu,kerana ia

Hanyalah akibat dari iman

Aku ingat pertemuan pertama kita akhi/ukhti sayang

Dalam dua detik dua detik sahaja

Aku telah merasakan perkenalan

Bahkan kesepakatan

Itulah roh-roh kita yang saling sapa

Berpeluk mesra

Dengan iman yang menyala

Mereka telah muafakat

Meski belum saling sebut nama

Dan tangan belum berjabat

Ya,kubaca lagi firmanNYA

Sungguh tiap mukmin bersaudara

Aku makin tahu

Persaudaraan tak perlu diperjuangkan

Kerana saat ikatan melemah

Saat keakraban kita merapuh

Saat salam terasa menyakitkan

Saat kebersamaan serasa siksaan

Saat pemberian bagai bara api

Dan saat kebaikan justeru melukai

Aku tahu yang rombeng bukanlah ukhwah kita

Hanya iman-iman kita yang sedang sakit

Atau menjerit

Mungkin kedua-duannya

Mungkin engkau saja

Tentu terlebih sering

Imankulah yang compang-camping

Ku baca firman persaudaraan itu akhi/ukhti sayang

Dan aku makin tahu

Mengapa di kala lain diancamkan

Para kekasih pada hari itu

Para kekasih pada hari itu

Sebahagian menjadi musuh sebahagian yang lain

Kecuali orang-orang yang bertakwa






Saturday, 17 December 2011

Seputih Salju Salji



Bismillah.


Alhamdulillah,

Allah telah berikan kesempatan masa dan juga kekuatan hati untuk kembali menulis di blog ini setelah lebih sebulan rasanya tiada post mengisi ruangan update.Juga atas jasa seseorang yang telah `mengugut` dengan agak kejam agar buaya-buaya yang telah mula bersarang tidak lagi menjadikan blog ini sebagai sarang mereka.>.<

YA,kerana tujuan blog ini adalah sebagai satu medium dakwah,medium penyampaian serta perkongisian,bukanlah tapak untuk bersarangnya buaya,mahupun tapak semaian lalang.Tidak seharusnya aku abaikan,membiarkannya sepi tidak berisi.Harapnya peringatan ini bukan sekadar bertiti di bibir,moga ia sentiasa bergema di hati ini sepanjang masa.

Salju atau salji?

Rasanya tidak pernah terfikir sebelum ini sama ada kedua-dua perkataan ini membawa maksud yang sama atau tidak.Yang tersurat,bezanya cuma `u` dan `i` di hujung kedua-dua perkataan ini.Namun,rasanya pasti ada beza yang tersirat.Nak tahu?Kena Tanya pada yang `ahli`.^^ Jangan tanya kat engineer,confirm dia tak tau.

Kenapa tetiba je boleh keluar persoalan ni?ntah,time duk fikir tajuk apa yang sesuai untuk post kali ni,terkonfius sekejap nak guna yang mana satu.Gambar dah upload dah,last-last guna dua-dua,tu jadi seputih salju salji.=D

Gambar ni diambil dari tingkap bilikku pada waktu pagi tadi.Gambar alam dihiasi dengan salju salji,disinari cahaya matahari,sangat indah,

Subhanallah,Alhamdulillah,Allahu akbar…

Wallahu`alam.

Tuesday, 1 November 2011

Allah always love us..


BETAPA SAYANGNYA ALLAH KEPADA HAMBANYA..-)

Betapa sayang nya Allah pada kita sehingga di dalam al-Quran diselitkan dengan
motivasi supaya hamba-hambaNya ini tabah dalam menghadapi
segala dugaan sebelum menuju ke mahattoh terakhir yang kekal abadi...

Kenapa AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;
"Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya
kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang
benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK MENDAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh
jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah
mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286

KENAPA MERASA KECEWA
"janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal
kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala
kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih
daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan
di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
-Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan
mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat
kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
-Surah Al-Baqarah ayat 45


APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr orang-orang mu'min, diri, harta mereka
dengan memberikan syurga untuk mereka... ..
-Surah At-Taubah ayat 111



KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya
aku bertawakkal."
-Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!
"... ..dan janganlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada
berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
-Surah Yusuf ayat 12


Semoga ianya menjadi melahirkan rasa keinsafan dalam diri kita….

ALLAH SANGAT SAYANG KEPADA KITA…BAGAIMANA KITA????

Sebagai peringatan buat diri dan sahabat sekalian.

Musafir Bumi sakura,

1 Nov 2011

Tuesday, 18 October 2011

Bersukan,beribadah


Bismillah.

Alhamdulillah,kerana ALLAH masih memberikanku nikmat hidup di muka bumi ini dengan diberikan sekali nikmat iman dan islam,walaupun DIA menarik sebentar nikmat kesihatanku sebagai ujian agar ku kembali ingat dan tunduk patuh kepadaNYA.


Syukur Alhamdulillah.

Bercerita sedikit tentang aktiviti hari ni.Dari pagi hinggalah ke petang kami duduk di padang sekolah kerana hari ni merupakan hari sukan sekolah versi Jepun.Tiada kelas,tiada lab research.Kalau dibandingkan dengan hari sukan sekolah di Malaysia,memang sangatlah berbeza,dari aspek aktiviti-aktivitinya,malah pelaksanaannya.Sangat menarik,malah ku rasakan banyak memberikan pengajaran.

List aktiviti Hari Sukan Nagaoka Kosen 2011

1. 騎馬戦-perang kuda:satu kumpulan terdiri dari 4orang pelajar,3 di bawah membentuk kuda,1 di atas sebagai penunggang.matlamat adalah untuk memusnahkan `kuda` pasukan lain,atau rampas topi yang dipakai oleh penunggang.

2. 綱引き-tarik tali:tak perlukan penerangan rasanya sebab hampir sama peraturannya di mana-mana.

3. 棒倒し-jatuhkan tiang:2 kumpulan dibentuk,satu sebagai penyerang,dan satu sebagai pertahanan.kumpulan yang menyerang akan cuba menjatuhkan tiang dengan melompat,melanggar,memanjat dll badan pihak musuh yang bertahan.sementara yang bertahan perlu menolak,menarik,menjatuhkan dll penyerang musuh agar tidak dapat menjatuhkan tiang mereka.

4. 部活ラーリー-rally kelab:setiap kelab yang ada di sini perlu menyediakan pelari-pelari larian berganti-ganti dengan mengenakan pakaian atau membawa peralatan yang mempamerkan kelebihan kelab mereka.contohnya kelab berenang,berkasut itik,bergogle,dan berseluar ketat.kelab komputer membawa replika komputer dan keyboard.

5. タヤー引き-tarik tayar:2 pasukan perlu berlawan mengumpul tayar terbanyak yang diletakkan di tengah-tengah antara `home` mereka.mereka perlu merebut dan menarik tayar yang telah diambil pihak musuh,dan membawa ke `home` mereka.

6. 玉入れ-masukkan bola:setiap orang dalam pasukan perlu memasukkan bola berwarna ke dalam bakul pihak musuh.dan bakul tu bukannya statik,kerana ada orang yang akan membawanya lari apabila bola dibaling kearah bakul.

Hari Sukan pada tahun ini dimenangi oleh fakulti Mekanikal,iaitu fakulti aku,yang mana sebahagian besar kejayaan kami dibantu oleh pelajar-pelajar kelasku yang sangat bersemangat memandangkan ini adalah hari sukan terakhir kami di kosen ini.Walaupun aku sendiri sebenarnya tidaklah membantu apa-apa,cukuplah sekadar bersorak dan memberi semngat dengan kehadiranku ini.(Demam..huhu ^^v)

“Al-Aqlu Saliim fii Jismi Saliim” maksudnya Akal yang sihat terdapat dalam tubuh yang sihat, tubuh yang sihat adalah sisi lain yang cukup penting dalam pendidikan itu sendiri.Sepanjang pemerhatianku terhadap gaya hidup dan pemakanan orang Jepun,mereka sangatlah menjaganya dan kebanyakan mereka mempunyai tubuh yang sihat dan tegap.Dibandingkan dengan keadaan di Malaysia yang kebanyakan pelajar mahupun orang dewasa,kurang daya tahan penyakit serta masalah obesiti.Segannya kita dengan mereka,yang bukan beragama islam,sedangkan Nabi Muhammad SAW junjungan kita telah menasihatkan umat islam agar menjadi seorang muslim yang kuat dan sihat.

Ya ALLAH,peliharakanlah tubuhku,kesihatanku,pendengaranku,pengelihatanku agar aku dapat beribadah kepadaMU dengan sepenuh kekuatan dengan keizinanMU..

Wallahu`alam.