Monday, 18 April 2011
Sesekali diuji
Apa jua bala bencana singgah menerpa
Menguji jauh mananya sabar kita
Mungkin selama ini kita terlupa
Kita terlalu leka dengan nikmat kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa
Bila kesusahan
Terasa hidup terlalu payah
Berbagai persoalan menerjah
Baru minta petunjuk hidayah
Usah berputus asa
Kerana ada rahmat disebaliknya
Yang tidak kita ketahui
Dalam hidup ini
Teruslah berdoa
Pada Allah
Pengasih…Pemurah dan Penyayang
Kita terlalu leka dengan nikmat…kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa
Watch here
Friday, 15 April 2011
また再建しましょう!!
Bismillahirrahmanirrahim...
Subhanallah,Alhamdulillah,masih Allah perkenankan diriku untuk terus hidup menghirup udara ciptaanNYA, juga masih diberikan jiwa dan hati yang sentiasa mahu mencari keredhaanNYA walau dengan apa jua cara..
Terasa seperti semalam aku mendengar perkataan GWG;Golden Week Gathering yang saban tahun dianjurkan oleh IPIJ;ikatan persaudaraan islam jepun sebagai salah satu program tahunannya. Dengan bertanyakan sahabat sekelas berbangsa jepun, apabila aku mendapat tahu kenapa cuti ini dipanggil `golden week`..sangat menarik..^^ clik sini untuk info
Tahun lepas,aku telah diberikan amanah untuk `mengarahkan` program yang sama,nama yang sama,pada tarikh yang hampir sama,cuma tema yang berbeza.Memang berat memikul amanah yang diberikan orang,tidak mudah,malah sangat-sangat menguji kekuatan fizikal dan mental dalam berhadapan dengan ujian-ujian yang datang tanpa diduga.Dan Alhamdulillah,apabila segalanya selesai,umpama diangkat satu bebanan dari atas bahu,terasa ringan seketika..Namun,beginilah fitrah seorang yang mahu bergelar pendakwah,tidak akan ada rehat untuknya,sehinggalah tiba masa ketika nyawanya ditarik dari tubuh kelak,maka tibalah waktu `berehat` yang dinantikannya.
Bukan hendak bercerita tentang GWG yang lepas itu,tetapi berkenaan GWG yang akan diadakan tidak lama lagi. Bertempat di Yaizu, Shizuoka, Japan, proram sepanjang 3hari 2malam ini,insyaAllah menjanjikan aktiviti-aktiviti,pengisian-pengisian yang sangat menarik.Mungkin lebih baik dan menarik dari tahun-tahun sebelum ini,jadi untuk mengetahuinya,anda harus mendaftar sekarang dan nantikannya..^^
untuk mendaftar,sila klik sini
Wassalam..
Wednesday, 13 April 2011
دعاء الرابطة
Ya Allah, Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana kecintaan kepadaMu, mereka telah bertemu kerana mentaatiMu, mereka telah bersatu kerana dakwahMu, mereka telah berjanji untuk menolong menegakkan syariatMu.Oleh itu Ya Allah..Eratkanlah hubungan ikatan ini, teruskan kasih sayangnya, berilah petunjuk untuknya.Ya Allah.. penuhilah hati ini dengan cahayaMu yang tidak padam-padam, terangkanlah hati ini dengan limpahan iman dan tawakkal kepadaMu, hidupkanlah hati ini dengan mengenaliMu..DAN matikanlah kami sebagai syaheed di jalanMu.Engkaulah sebaik-baik Penjaga dan sebaik-baik Penolong..
Subscribe to:
Posts (Atom)

