Thursday 27 September 2012

Law Kana Bainana




Bismillah..

Allahumma solli a`la saiyidina muhammad..

Dirimu seorang rasul yang sangat mulia di sisi Tuhan Yang Esa,
Kerana usaha dakwahmu lah,kini diriku mengenal Islam
dan bersama-sama memperjuangkannya.
Jadikanlah diriku seorang umat kekasihMu yang sentiasa melaksanakan perintahMU dan mengikuti jejak langkah rasulMu itu Ya Allah.
sempatkanlah kami bertemu dengan baginda rasullullah kelak Ya Allah,
Wahai Tuhan yang Maha memperkenankan doa.

Allahumma amiin..

Wallahu`alam.


Teduhan Bumi Kelahiran.


Tuesday 25 September 2012

Pain,tears and the past



Bismillah..

Berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikul.

Semoga terus tabah dan sabar dengan ujianNYA,kerana Dia mahu mendidik kita menjadi pejuang yang tidak mudah menangis apabila di uji dengan kesakitan.

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah, ayat 214:
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).

Allahu yassiruna fi kulli hal

wallahua`alam.