Thursday 4 October 2012

Melangkah semula


Bismillah

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar,


Terima kasih Ya Allah di atas setiap kurniaan dan kasih sayangMu kepada kami. andai ada kata yang lebih baik dari ucapan terima kasih, pasti akanku ucapkan kepadaMu dengan sepenuh hati.

Hari-hari dalam semester baru ini Alhamdulillah bermula dengan tenang dan lancar tanpa begitu banyak masalah. Hanya masalah melibatkan bayaran bil-bil, serangan lipas, dan beberapa perkara berkaitan IPIJ. Alhamdulillah, semuanya sudah diselesaikan dengan izin Allah.

Semalam, usai menunaikan solat zuhur di bilik, Allah menggerakkan hatiku untuk membuka video yang di share sahabatku berkaitan pengaruh ajaran syiah yang semakin membimbangkan di Malaysia. Bermula dari video dokumentari esklusif dari TV1, sehingga video-video berkaitan syiah di serata dunia, konspirasi-konspirasi jahat syiah melibatkan iran, Iraq, lubnan dan mesir. Dan dari situlah, kerisauanku berkaitan syiah ini semakin menebal. Ya Allah,teguhkanlah hati kami dalam agamaMu, dan jangan Engkau sesatkan peganganku dari hidayahMu.

Hari ini pertama kali menjejakkan kaki semula ke padang bola selepas sebulan lebih tidak menyarung but bola. Memang diakui, terasa lain selepas `berehat` selama sebulan lebih ni. Larian jadi perlahan, stamina tiada, sepakan pun melencong ke sana sini. Perasaan yang sama ketika terlalai untuk istiqamah dalam ibadah,pasti sangat `berat` untuk bermula semula.

Perasaan rindu pada teduhan bumi kelahiran sekali sekala hadir tanpa diundang dalam hati ini.Terkenang peristiwa-peristiwa menarik yang berlaku sepanjang berada di sana, wajah insan-insan tersayang dan teristimewa, terasa nak beli tiket flight, mencari kembali kenangan-kenangan dan wajah-wajah itu. Peliharakanlah mereka dalam rahmat dan redhaMu, dan izinkanlah aku bertemu kembali dengan mereka.

Perkenanknlah doa-doa kami Ya Allah rabbal a`alamin.
Allahumma amiin.


Wallahu`alam.

Teduhan pohonan maple,
Bumi perantau moden.

No comments:

Post a Comment

Orang suka memberi komen adalah orang yang sentiasa berfikir. Jom jadi golongan itu. ^^