Wednesday 17 November 2010

خير الأمور أوسطها


خير الأمور أوسطها  "sebaik2 perkara adalah bersederhana dengannya." 

Maksud hadith rasulullah saw :

"Wahai Rasulullah! Tunjukkanlah kepadaku satu amalan sekiranya aku kerjakannya,aku akan dicintai Allah dan juga dicintai manusia? Maka baginda Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Sederhanakanlah kamu akan dunia,pasti Allah akan mencintai kamu dan sederhanakanlah juga kamu akan apa yang ada pada manusia,nescaya manusia akan mencintai kamu."

Dimulakan dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi yang Maha Mengasihani hamba-hambaNya.

Syukur,segala pujian bagi Allah kerana Dia telah mengurniakan kita peluang untuk terus berada di bawah langitNya pada hari ini yang mana menunjukkan bukti,betapa sayangnya Allah pada kita.Sayangnya Allah pada kita,dengan Dia masih letakkan nikmat iman,juga nikmat islam pada diri kita,dua nikmat terbesar yang wajib kita syukuri.Sedarkah kita bahawa di seluruh dunia ini,wujudnya kelompok yang Allah campakkan iman di hatinya,namun tiada islam di dalam kehidupannya.Dan ada juga yang Allah campakkan islam pada kehidupannya,namun,sayang,tiada iman di hatinya.

Kukuhnya kasih sayang Allah itu,dengan Dia kurniakan kita peluang untuk bernafas,agar kita dapat bermuhasabah,bertaubat padaNya atas dosa-dosa yang kita lakukan dengan sengaja mahupun tidak.Sememangnya kita sebagai seorang hamba Allah yang hatinya sentiasa berbolak balik,tidak akan terlepas dari melakukan dosa.Walau sebesar bumi sekalipun dosa kita,dengan rahmat kasih sayangNya,dan dengan sebenar-benar taubat,moga setiap dosa kita di ampunkn oleh Allah.

Intro saja dah dua perenggan,belum lagi masuk topik yang dah difikirkan untuk dikarang untuk post kali ini.Sepertimana yang tercatat pada tajuk post ini,iaitu `bersederhana dalam kehidupan`,saya cuba olah serba sedikit sebagai perkongsian buat semua.Untuk mudahkan lagi sahabat-sahabat supaya cepat faham,saya sertakan sekali definisi perkataan sederhana itu pada pandangan penyusun kamus dewan.Sederhana lebih dikenali sebagai tidak lebih dan tidak kurang,biasa,pertengahan,dan sedang.Jadi saya cuba simpulkn dari takrifan ini bahawa sederhana itu ialah satu tahap pertengahan dan terpilih atau seimbang antara dua yang berlawanan.Sebagai contoh mudahnya,langkah berjimat cermat dalam perbelanjaan seharian,berbanding sifat boros dan kedekut.Maka berjimat cermat itu adalah sederhana.

Mari kita kaji perkataan `bersederhana` ini dalam skop pandangan dan pendapat yang lebih meluas lagi,iaitu kesederhanaan dalam agama islam itu sendiri,satu agama yang mana kita tahu sangat mementingkan keseimbangan di antara tuntutan duniawi dan  tuntutan ukhrawi.Sebagaimana firman Allah pada surah al Furqan,ayat 67 yang membawa maksud,
`(Dan mereka yang diredhai Allah adalah) mereka yang apabila membelanjakan hartanya,tidak melampaui batas,dan tidak pula bakhil kedekut dan sebaliknya mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara(boros dan kedekut)`

Islam sangat menganjurkan umatnya agar mengimbangi di antara kedua-dua tuntutan tersebut dalam masa melakukan sebarang perkara.Tidak kira sama ada pada urusan kehidupan seharian kita,pada urusan ibadah kita,pastinya kedua-dua tuntutan duniawi dan ukhrawi adalah saling berkait rapat dan memerlukan kesimbangan.Kita tidak perlu risau,kerana Islam itu sendiri telah dilengkapi dengan garis panduan ciri keseimbangan atau kesederhanaan itu supaya seseorang muslim itu tidak menyimpang dari landasan Islam yang sebenarnya.Cuba sahabat-sahabat baca dengan mata hati,renungkan dengan fikiran yang positif,hadith rasulullah s.a.w yang saya berikan pada awal-awal post ini tadi.
Cinta Allah itu adalah dari aspek ukhrawi,manakala cinta manusia itu adalah dari aspek duniawi.

Baginda Rasulullah s.a.w telah memberikan bimbingan dan panduan kepada umatnya agar bersederhana dalam kehidupan dunia dan juga bersederhana dengan apa yang ada pada manusia yang mana inilah dua ciri utama yang mendasari konsep kesederhanaan dalam islam itu.Sedikit huraian berkenaan bersederhana dalam kehidupan dunia. Meletakkan Allah dan RasulNya di tempat teratas melebihi kenikmatan dunia yang hanya sementara.Keredhaan Allah lah yang menjadi matlamat utama yang dikejar oleh setiap individu bergelar muslim.


`Dunia itu adalah ladang akhirat`,salah satu ungkapan yang sering kita dengari apabila membicarakan sesuatu yang berkaitan bersederhana dalam kehidupan ini.Ungkapan ini membawa tafsiran yang meluas,yang mana pada saya,menunjukkan bahawa akhirat itu adalah matlamat sebenar,namun untuk mencapainya,perlunya ada `alat` untuk menhubungkannya,iaitu `dunia`.Tetapi apa yang berlaku pada zaman sekarang telah berlawanan sama sekali,manusia sibuk mengejar dunia,sehingga lupa akan peranan sebenar dunia itu sebagai `ladang` untuk bercucuk tanam,dan hasilnya akan dituai di akhirat kelak.

Maksud hadith rasulullah s.a.w:
`Aku tinggalkan kepadamu dua perkara jika kamu berpegang teguh kepada kedua-duanya,kamu tidak akan sesat buat selama-lamanya iaitu Kitab Allah dan Sunnah RasulNya.`-Riwayat Malik

Begitu lah,sedikit sebanyak perkongsian,yang mungkin terdapat padanya salah atau kesilapan,bolehlah ditegur untuk diperbaiki.Seorang sahabat saya sering mengingatkan saya,kita tidak perlu takut untuk menegur kesalahan orang lain,dan kita juga tidak perlu takut untuk menerima teguran orang pada kita.Barulah wujud keseimbangan di antara kedua-duanya. Moga perkongsian ini menjadi peringatan buat diri,buat sahabat-sahabat semua juga ,dan sebaik-baiknya, disebar-sebarkan,agar adanya manfaat padanya.Ilmu yang dikongsikan tidak akan penah berkurang,malah akan bertambah lagi dengan izin Allah.

No comments:

Post a Comment

Orang suka memberi komen adalah orang yang sentiasa berfikir. Jom jadi golongan itu. ^^