Thursday 16 December 2010

Sesegar Salju Sakura

" Tidakkah engkau melihat bahawasanya Allah mengarahkan awan bergerak perlahan-lahan, kemudian Dia mengumpulkan kelompok-kelompoknya, kemudian Dia menjadikannya tebal berlapis-lapis? Selepas itu engkau melihat hujan turun dari celah-celahnya. Dan Allah pula menurunkan hujan batu(salji) dari langit, dari gunung-ganang (awan) yang ada padanya; lalu Ia menimpakan hujan batu(salji) itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan menjauhkannya dari sesiapa yang dikehendakiNya. Sinaran kilat yang terpancar dari awan yang demikian keadaannya, hampir-hampir menyambar dan menghilangkan pandangan. An-Nur,24:43



Jika tidakku perhati hikmahnya dengan mata hati, 
Jika tidakku zuhud dalam pencarian cintaku, 
Jika tidakku teguh mengukir senyum buat pengubat kerunsingan, 
Jika tidakku seikhlas jiwa semurni sanubari memohon keampunan-Nya, 
Jika tidakku titiskan air mata keinsafan, 
Jika tidakku renung dan resapkan keyakinanku pada-Nya, 
Jika tidakku pasrah dengan ketentuan-Nya, 
Mana mungkin ku dambakan kasih-Nya dalam iman…? 
Bagaimana pula bolehku harap redha dari-Nya…?



~Insan yang mendambakan redhaMU Ya Allah~

No comments:

Post a Comment

Orang suka memberi komen adalah orang yang sentiasa berfikir. Jom jadi golongan itu. ^^