Saturday 6 August 2011

Syaitan Bercuti Lagi

Bismillah

Syaitan terpaksa bercuti sebulan..

Jangan sangka pelajar sekolah dan murid-murid sahaja je yang ada cuti bermusim yang panjang tempohnya. Jangan sangka wanita yang berpantang je yang cuti panjang. Syaitan pun akan bercuti panjang. Walaupun kalau boleh mereka ingin terus-menerus bekerja bagi memastikan misi mereka berjaya dengan cemerlang.

Namun, jangan sangka syaitan ‘cuci tangan’ daripada menggoda anak Adam. Sebelum bercuti, syaitan telah menggunakan sepenuhnya 11 bulan sebelum Ramadhan untuk menerapkan segala sifat mazmumah dalam diri anak Adam kerana syaitan takkan bersama anak Adam sepanjang Ramadhan.

Bersungguh-sungguh syaitan menyeru manusia kepada mungkar dan menjauhkan manusia daripada makruf. Syaitan sedaya mungkin menjadi ‘mentor’ terbaik kepada nafsu. Andai tidak dihalang, nafsu akan menjadi liar. Bak kata seorang ustaz saya, kalau nafsu kita duk sebelah syaitan dah tak boleh beza mana satu syaitan.. Mohon dijauhkan ya Allah.

Sementara syaitan bercuti, apa kata kita giatkan kembali anggota badan melakukan ketaatan kepada Allah sama ada yang wajib atau pun sunat. Yang wajib dilakukan dengan ikhlas dan penuh penghayatan. Amalan sunat pun sama. Dengan ini, moga hati yang dituai oleh syaitan ketika bebas dapat dicuci kembali.

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Nabi s.a.w telah bersabda yang mafhumnya,

“Apabila datangnya Ramadhan, maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan dirantai syaitan.”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Checklist Ramadhan

Jom sama-sama tingkatkan amal ibadah sepanjang Ramadhan. Semoga natijah akhir iaitu takwa mampu dicapai. Amiin..

Wallahua’lam

No comments:

Post a Comment

Orang suka memberi komen adalah orang yang sentiasa berfikir. Jom jadi golongan itu. ^^