Monday 1 October 2012

Menjadi Perantau Kembali


Bismillah

Perantau musafir perjuangan
Tabahkanlah hati mu
Berjuang di rantau orang
Sedih pilu hanya engkau yang tahu

Ingatan anak dan isteri
Janganlah menghiris hatimu
Kerinduan desa nan permai
Janganlah melemahkan semangat juangmu

Diwaktu ujian datang terus melanda
Engkau tetap gigih berjuang
Membenarkan sabda junjungan
Terus memburu menuntut janji
Pastilah islam gemilang lagi

Tapi pejuang kembara perjuangan
Ujian bukan batu penghalang
Kerana itulah syarat dalam berjuang


Terasa hati sebak mendengar alunan bait-bait kata nasyid yang sungguh indah dan menyentuh perasaan ini ketika aku sedang mengemas barang-barang yang akan dibawa sebagai perantau nanti.Begitu menusuk hati dan perasaan;adakah aku ini benar-benar mampu menjadi seorang perantau yang diredhaiNya?adakah jalan yang aku lalui ini adalah jalan perantau menujuNya?

Ya Allah,Engkau bekalkanlah aku dengan hidayah dan petunjukMu disepanjang aku merantau mencari redhaMu ini.Tidak kira di mana kakiku memijak bumiMu ini,di mana aku mencari teduhan langitMu ini,aku pasti sangat mengharapkan kehadiranMu di sisi.Membimbing,menjaga dan menyusunkan kehidupan yang terbaik buatku.

Akhlak dan Itqan,dua sifat peribadi muslim yang pasti diimpikan hamba-hambaMu yang muslih,bagi mencari redhaMu,mencari kebaikan bukan hanya buat diri,malah insan-insan yang berada di sekelilingnya.Engkau tanamkanlah sifat-sifat ini di dalam hati dan diriku dengan istiqamah,agar aku terus teguh sebagai perantau di jalanMu.

Wallahu`alam

Teduhan pohonan dedaun merah,
Bumi Perantau Moden.

No comments:

Post a Comment

Orang suka memberi komen adalah orang yang sentiasa berfikir. Jom jadi golongan itu. ^^