Tuesday 18 October 2011

Bersukan,beribadah


Bismillah.

Alhamdulillah,kerana ALLAH masih memberikanku nikmat hidup di muka bumi ini dengan diberikan sekali nikmat iman dan islam,walaupun DIA menarik sebentar nikmat kesihatanku sebagai ujian agar ku kembali ingat dan tunduk patuh kepadaNYA.


Syukur Alhamdulillah.

Bercerita sedikit tentang aktiviti hari ni.Dari pagi hinggalah ke petang kami duduk di padang sekolah kerana hari ni merupakan hari sukan sekolah versi Jepun.Tiada kelas,tiada lab research.Kalau dibandingkan dengan hari sukan sekolah di Malaysia,memang sangatlah berbeza,dari aspek aktiviti-aktivitinya,malah pelaksanaannya.Sangat menarik,malah ku rasakan banyak memberikan pengajaran.

List aktiviti Hari Sukan Nagaoka Kosen 2011

1. 騎馬戦-perang kuda:satu kumpulan terdiri dari 4orang pelajar,3 di bawah membentuk kuda,1 di atas sebagai penunggang.matlamat adalah untuk memusnahkan `kuda` pasukan lain,atau rampas topi yang dipakai oleh penunggang.

2. 綱引き-tarik tali:tak perlukan penerangan rasanya sebab hampir sama peraturannya di mana-mana.

3. 棒倒し-jatuhkan tiang:2 kumpulan dibentuk,satu sebagai penyerang,dan satu sebagai pertahanan.kumpulan yang menyerang akan cuba menjatuhkan tiang dengan melompat,melanggar,memanjat dll badan pihak musuh yang bertahan.sementara yang bertahan perlu menolak,menarik,menjatuhkan dll penyerang musuh agar tidak dapat menjatuhkan tiang mereka.

4. 部活ラーリー-rally kelab:setiap kelab yang ada di sini perlu menyediakan pelari-pelari larian berganti-ganti dengan mengenakan pakaian atau membawa peralatan yang mempamerkan kelebihan kelab mereka.contohnya kelab berenang,berkasut itik,bergogle,dan berseluar ketat.kelab komputer membawa replika komputer dan keyboard.

5. タヤー引き-tarik tayar:2 pasukan perlu berlawan mengumpul tayar terbanyak yang diletakkan di tengah-tengah antara `home` mereka.mereka perlu merebut dan menarik tayar yang telah diambil pihak musuh,dan membawa ke `home` mereka.

6. 玉入れ-masukkan bola:setiap orang dalam pasukan perlu memasukkan bola berwarna ke dalam bakul pihak musuh.dan bakul tu bukannya statik,kerana ada orang yang akan membawanya lari apabila bola dibaling kearah bakul.

Hari Sukan pada tahun ini dimenangi oleh fakulti Mekanikal,iaitu fakulti aku,yang mana sebahagian besar kejayaan kami dibantu oleh pelajar-pelajar kelasku yang sangat bersemangat memandangkan ini adalah hari sukan terakhir kami di kosen ini.Walaupun aku sendiri sebenarnya tidaklah membantu apa-apa,cukuplah sekadar bersorak dan memberi semngat dengan kehadiranku ini.(Demam..huhu ^^v)

“Al-Aqlu Saliim fii Jismi Saliim” maksudnya Akal yang sihat terdapat dalam tubuh yang sihat, tubuh yang sihat adalah sisi lain yang cukup penting dalam pendidikan itu sendiri.Sepanjang pemerhatianku terhadap gaya hidup dan pemakanan orang Jepun,mereka sangatlah menjaganya dan kebanyakan mereka mempunyai tubuh yang sihat dan tegap.Dibandingkan dengan keadaan di Malaysia yang kebanyakan pelajar mahupun orang dewasa,kurang daya tahan penyakit serta masalah obesiti.Segannya kita dengan mereka,yang bukan beragama islam,sedangkan Nabi Muhammad SAW junjungan kita telah menasihatkan umat islam agar menjadi seorang muslim yang kuat dan sihat.

Ya ALLAH,peliharakanlah tubuhku,kesihatanku,pendengaranku,pengelihatanku agar aku dapat beribadah kepadaMU dengan sepenuh kekuatan dengan keizinanMU..

Wallahu`alam.

No comments:

Post a Comment

Orang suka memberi komen adalah orang yang sentiasa berfikir. Jom jadi golongan itu. ^^