Sunday 16 October 2011

AKI

Bismillah

Musim luruh atau dalam bahasa jepunnya AKI () sudah pun tiba,apabila ku lihat daun-daunan semuanya sudah bertukar warna,dari hijau ke oren,merah malah kuning pun ada.Pemandangan pada musim ini memang sangat cantik dan mengagumkan,kerana di Malaysia tiada peluang untuk berjumpa pemandangan seperti ini.

Cuaca juga dah semakin sejuk,mungkin belasan darjah Celsius,

Ditambah lagi dengan kehadiran angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa,

Juga hujan yang turun tanpa dapat diduga lebatnya.

Beginilah suasana di musim luruh ini,waktu malamnya juga semakin cepat,mencuri waktu siang yang ku rasakan semakin singkat.Kebiasaannya pada waktu-waktu begini kami banyak menghabiskan masa di bilik,berbaju sejuk tebal,menikmati kehangatan bilik berbanding meredah kesejukan diluar.Untuk membiasakan diri apabila musim sejuk tiba kelak,juga alasan kami untuk tidak keluar dari `kepompong` bilik ini.

Subhanallah,sungguh indah aturan musim yang Engkau ciptakan ini.

Musim bunga,Engkau hiaskan muka bumi ini dengan bunga-bungaan yang harum mewangi.

Musim panas,Engkau pancarkan sinaran matahari buat tumbuh-tumbuhan untuk memproses makanan mereka.

Musim luruh,Engkau gugurkan daun-daun dari pohonan agar ianya dapat menyesuaikan diri apabila tibanya sejuk kelak.

Musim sejuk.Engkau turunkan salji yang sangat putih suci,berkristal stukturnya,membersihkan bumi ini dari debu-debu dosa manusia.

Dan Kami telah menghamparkan bumi dan Kami pancangkan padanya gunung-gunung serta kami tumbuhkan di sana segala sesuatu menurut ukuran.Dan kami telah menjadikan padanya sumber-sumber kehidupan untuk keperluanmu,dan (kami ciptakan pula)makhluk-makhluk yang bukan bukan kamu pemberi rezekinya.

(Al Hijr 19,20)

Nikmat manakah lagi yang engkau dustakan wahai manusia? Tidak cukupkah segala kelebihan yang telah Sang Pencipta ini berikan buat kita. Sedangkan kita masih lagi kufur dengan segala nikmat ini,tidak menghargai,apatah lagi untuk membalas.

Sedarkanlah diri kita,refresh kembali niat kita, topup semula keimanan kita, charge sehingga penuh keazaman kita, kerana sesungguhnya hidup dan mati kita ini adalah atas kehendak dan izin hanya dari NYA.

Coretan peringatan buat diri, juga buat sahabat di luar sana..

Wallahu`alam.

No comments:

Post a Comment

Orang suka memberi komen adalah orang yang sentiasa berfikir. Jom jadi golongan itu. ^^