Tuesday 18 October 2011

Bersukan,beribadah


Bismillah.

Alhamdulillah,kerana ALLAH masih memberikanku nikmat hidup di muka bumi ini dengan diberikan sekali nikmat iman dan islam,walaupun DIA menarik sebentar nikmat kesihatanku sebagai ujian agar ku kembali ingat dan tunduk patuh kepadaNYA.


Syukur Alhamdulillah.

Bercerita sedikit tentang aktiviti hari ni.Dari pagi hinggalah ke petang kami duduk di padang sekolah kerana hari ni merupakan hari sukan sekolah versi Jepun.Tiada kelas,tiada lab research.Kalau dibandingkan dengan hari sukan sekolah di Malaysia,memang sangatlah berbeza,dari aspek aktiviti-aktivitinya,malah pelaksanaannya.Sangat menarik,malah ku rasakan banyak memberikan pengajaran.

List aktiviti Hari Sukan Nagaoka Kosen 2011

1. 騎馬戦-perang kuda:satu kumpulan terdiri dari 4orang pelajar,3 di bawah membentuk kuda,1 di atas sebagai penunggang.matlamat adalah untuk memusnahkan `kuda` pasukan lain,atau rampas topi yang dipakai oleh penunggang.

2. 綱引き-tarik tali:tak perlukan penerangan rasanya sebab hampir sama peraturannya di mana-mana.

3. 棒倒し-jatuhkan tiang:2 kumpulan dibentuk,satu sebagai penyerang,dan satu sebagai pertahanan.kumpulan yang menyerang akan cuba menjatuhkan tiang dengan melompat,melanggar,memanjat dll badan pihak musuh yang bertahan.sementara yang bertahan perlu menolak,menarik,menjatuhkan dll penyerang musuh agar tidak dapat menjatuhkan tiang mereka.

4. 部活ラーリー-rally kelab:setiap kelab yang ada di sini perlu menyediakan pelari-pelari larian berganti-ganti dengan mengenakan pakaian atau membawa peralatan yang mempamerkan kelebihan kelab mereka.contohnya kelab berenang,berkasut itik,bergogle,dan berseluar ketat.kelab komputer membawa replika komputer dan keyboard.

5. タヤー引き-tarik tayar:2 pasukan perlu berlawan mengumpul tayar terbanyak yang diletakkan di tengah-tengah antara `home` mereka.mereka perlu merebut dan menarik tayar yang telah diambil pihak musuh,dan membawa ke `home` mereka.

6. 玉入れ-masukkan bola:setiap orang dalam pasukan perlu memasukkan bola berwarna ke dalam bakul pihak musuh.dan bakul tu bukannya statik,kerana ada orang yang akan membawanya lari apabila bola dibaling kearah bakul.

Hari Sukan pada tahun ini dimenangi oleh fakulti Mekanikal,iaitu fakulti aku,yang mana sebahagian besar kejayaan kami dibantu oleh pelajar-pelajar kelasku yang sangat bersemangat memandangkan ini adalah hari sukan terakhir kami di kosen ini.Walaupun aku sendiri sebenarnya tidaklah membantu apa-apa,cukuplah sekadar bersorak dan memberi semngat dengan kehadiranku ini.(Demam..huhu ^^v)

“Al-Aqlu Saliim fii Jismi Saliim” maksudnya Akal yang sihat terdapat dalam tubuh yang sihat, tubuh yang sihat adalah sisi lain yang cukup penting dalam pendidikan itu sendiri.Sepanjang pemerhatianku terhadap gaya hidup dan pemakanan orang Jepun,mereka sangatlah menjaganya dan kebanyakan mereka mempunyai tubuh yang sihat dan tegap.Dibandingkan dengan keadaan di Malaysia yang kebanyakan pelajar mahupun orang dewasa,kurang daya tahan penyakit serta masalah obesiti.Segannya kita dengan mereka,yang bukan beragama islam,sedangkan Nabi Muhammad SAW junjungan kita telah menasihatkan umat islam agar menjadi seorang muslim yang kuat dan sihat.

Ya ALLAH,peliharakanlah tubuhku,kesihatanku,pendengaranku,pengelihatanku agar aku dapat beribadah kepadaMU dengan sepenuh kekuatan dengan keizinanMU..

Wallahu`alam.

Sunday 16 October 2011

AKI

Bismillah

Musim luruh atau dalam bahasa jepunnya AKI () sudah pun tiba,apabila ku lihat daun-daunan semuanya sudah bertukar warna,dari hijau ke oren,merah malah kuning pun ada.Pemandangan pada musim ini memang sangat cantik dan mengagumkan,kerana di Malaysia tiada peluang untuk berjumpa pemandangan seperti ini.

Cuaca juga dah semakin sejuk,mungkin belasan darjah Celsius,

Ditambah lagi dengan kehadiran angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa,

Juga hujan yang turun tanpa dapat diduga lebatnya.

Beginilah suasana di musim luruh ini,waktu malamnya juga semakin cepat,mencuri waktu siang yang ku rasakan semakin singkat.Kebiasaannya pada waktu-waktu begini kami banyak menghabiskan masa di bilik,berbaju sejuk tebal,menikmati kehangatan bilik berbanding meredah kesejukan diluar.Untuk membiasakan diri apabila musim sejuk tiba kelak,juga alasan kami untuk tidak keluar dari `kepompong` bilik ini.

Subhanallah,sungguh indah aturan musim yang Engkau ciptakan ini.

Musim bunga,Engkau hiaskan muka bumi ini dengan bunga-bungaan yang harum mewangi.

Musim panas,Engkau pancarkan sinaran matahari buat tumbuh-tumbuhan untuk memproses makanan mereka.

Musim luruh,Engkau gugurkan daun-daun dari pohonan agar ianya dapat menyesuaikan diri apabila tibanya sejuk kelak.

Musim sejuk.Engkau turunkan salji yang sangat putih suci,berkristal stukturnya,membersihkan bumi ini dari debu-debu dosa manusia.

Dan Kami telah menghamparkan bumi dan Kami pancangkan padanya gunung-gunung serta kami tumbuhkan di sana segala sesuatu menurut ukuran.Dan kami telah menjadikan padanya sumber-sumber kehidupan untuk keperluanmu,dan (kami ciptakan pula)makhluk-makhluk yang bukan bukan kamu pemberi rezekinya.

(Al Hijr 19,20)

Nikmat manakah lagi yang engkau dustakan wahai manusia? Tidak cukupkah segala kelebihan yang telah Sang Pencipta ini berikan buat kita. Sedangkan kita masih lagi kufur dengan segala nikmat ini,tidak menghargai,apatah lagi untuk membalas.

Sedarkanlah diri kita,refresh kembali niat kita, topup semula keimanan kita, charge sehingga penuh keazaman kita, kerana sesungguhnya hidup dan mati kita ini adalah atas kehendak dan izin hanya dari NYA.

Coretan peringatan buat diri, juga buat sahabat di luar sana..

Wallahu`alam.

Friday 7 October 2011

Life of Engineers

Bismillah

Ketika sedang belek-belek gambar di FB,terjumpa gambar seperti di atas.Dan rasa tertarik dengan gambar ni sebab terasa ada part-part dalam gambar di atas ni terkena pada diri sendiri..(tp xnak bagitau la part yang mana..^^v).Bila difikirkan semula,adakah cara hidup sebegitu yang kita sepatutnya lalui,atau sebenarnya ALLAH telah berikan petunjuk kepada kita untuk susun `jadual` kehidupan kita dengan sebaik mungkin?

Mari renungkan firman ALLAH di bawah ni:
``Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.`` (Az-Zariyat:56)

Jikalau anda seorang engineer,pasti anda tahu,sebuah mesin yang mampu membuat pelbagai `task` pasti memerlukan pelbagai penyelenggaraan,dari lah sekecil-kecil skru sehingga sebesar-besar engine,dan semestinya orang yang mampu dan tahu tahap terbaik untuk mesin tersebut adalah SI PENCIPTA mesin tersebut.Maka begitu jugalah manusia,ALLAH ciptakan kita dengan sebaik-baik kejadian,dianugerahkan akal,diberikan pelbagai bahasa dan cara untuk berkomunikasi,sepatutnya kita gunakan `manual` yang telah diberikanNYA dengan sebaik mungkin,iaitu AL QURAN itu sendiri.

Firman Allah:`` Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa`` (Al-baqarah:1)

Jadi mengapa perlu kita ambil gaya hidup yang direka sendiri oleh manusia yang serba lemah dan tiada upaya melainkn dengan izin ALLAH ini?Padahal kita ada `manual` yang sudah completed,malah disertakan lagi dengan role model nabi junjungan kita,Nabi Muhammad SAW.Begitulah indahnya susunan SANG PENCIPTA kita,ALLAH Subhanallahu Taala Yang Maha Suci lagi Bijaksana.

InsyaAllah moga kita mampu menjadi hamba ALLAH yang betul-betul mengerti akan pengertian seorang hamba,dan berazam untuk menjadi hamba yang terbaik dikalangan hamba-hamba ALLAH didunia mahupun akhirat.

Wallahu`alam..

Sunday 2 October 2011

10 Kualiti Mangsa Tsunami Jepun


Berikut adalah nota catatan ringkas 10 pengajaran yang diperhatikan oleh seorang sukarelawan asing yang datang ke Jepun untuk membantu mangsa-mangsa gempabumi di sana. Berbeza kualiti diantara satu umat berbanding umat yang lain dicatat dan dikongsi oleh beliau untuk umum masyarakat dunia lebih-lebih lagi kepada kita yang berusaha siang malam untuk memertabatkan Agama dan umat kita yang dicintai.


1. THE CALM

Not a single visual of chest-beating or wild grief. Sorrow itself has been elevated.(Ketenangan : Saya tidak nampak orang yang meraung, menepuk-nepuk dada melihat mayat-mayat bergelimpangan. Dengan itu kesengsaraan itu sendiri telah hilang dengan sendirinya).


2. THE DIGNITY
Disciplined queues for water and groceries. Not a rough word or a crude gesture.(Harga Diri : Mereka berdisiplin dalam berdiri beratur untuk mendapatkan air dan barang-barang keperluan harian. Tidak kedengaran kata-kata kesat atau perbuatan yang tidak senonoh dan kurang ajar).




3. THE ABILITY
The incredible architects, for instance. Buildings swayed but didn’t fall. (Kemampuan : Tahap arkitek yang sangat membanggakan. Sebagai contoh bangunan-bangunan nampak jelas bergoyang kerana gempa bumi tersebut akan tetapi ia tidak runtuh).


4. THE GRACE
People bought only what they needed for the present, so everybody could get something. (Lapang Dada : Orang ramai membeli hanya barang-barang yang mereka perlukan pada hari itu sahaja supaya stok sentiasa ada dan setiap orang dapat membeli sesuatu untuk keperluan masing-masing).


5. THE ORDER
No looting in shops. No honking and no overtaking on the roads. Just understanding.(Keamanan : Tidak ada curi mencuri di kedai-kedai mengambil kesempatan keadaan yang sedemikian
maupun bunyi hon dan potong memotong di jalanraya).

6. THE SACRIFICE

Fifty workers stayed back to pump sea water in the N-reactors. How will they ever be repaid? (Pengorbanan : Lima puluh pekerja bekerja siang malam untuk mengepam air laut ke dalam reaktor nuklear. Bagaimana jasa mereka dapat dibalas).


7. THE TENDERNESS

Restaurants cut prices. An unguarded ATM is left alone. The strong cared for the weak. (Simpati : Restoran menjual makan minum dengan harga yang lebih rendah, mesin ATM tidak perlu dijaga oleh pengawal keselamatan. Orang yang kuat menjaga orang yang lemah.


8. THE TRAINING
The old and the children, everyone knew exactly what to do. And they did just that.(Latihan : Semua lapisan masyarakat, tua maupun muda, di sana sini tahu apa yang harus mereka lakukan).

9. THE MEDIA

They showed magnificent restraint in the bulletins. No silly reporters. Only calm reportage. (Media : Mereka sangat mengawal dan cermat dalam membuat lapuran. Tidak ada wartawan yang mengambil kesempatan dan mereka-reka cerita demi mendapat perhatian dan pelanggan. Hanya berita berpatutan yang dilaporkan).


10. THE CONSCIENCE
When the power went off in a store, people put things back on the shelves and left quietly!” (Nilai Hati : Apabila bekalan elektrik terputus di kedai-kedai, para pelanggan yang sedang memilih barang-barang yang hendak dibeli meletakkannya kembali di rak-rak kedai dan segera beredar keluar untuk menyelamatkan diri).


Semoga apa yang baik yang ditunjukkan oleh contoh rakyat Jepun ketika menghadapi saat-saat cemas gempa bumi itu dapat dicontohi oleh umat Islam yang dikehendakki oleh Allah swt agar menjadi umat terbaik yang kemudiannya berperanan mengajak umat lain kepada makruf dan mencegah munkar.


Allah beri kepimpinan dunia kepada umat yang lebih akhlak. Oleh itu umat Islam yang sedang tidak memimpin dunia hari ini harus segera membaiki akhlak mereka, samada akhlak islamiyah, maupun akhlak insaniah. Bila akhlak islamiyah pun jauh dari pemimpin dan rakyat Islam, maka akhlak insaniah antara bangsa-bangsa menjadi penentu. Kerajaan adalah milik Allah, Dia memberikan kerajaa itu kepada siapa yang Dia kehendakki dan Dia cabut kerajaan itu dari siapa yang Dia kehendakki. Dia memuliakan siapa yang Dia kehendakki dan Dia menghina siapa yang Dia kehendakki. PadaNya segala kebaikan. sesungguhnya Dia Maha Berkuasa ke atas tiap sesuatu.


“Sesungguhnya Allah tidak merubah nasib yang menimpa sesuatu kaum(memimpin dunia atau ditindas oleh bangsa asing), sehinggalah mereka sendiri merubah apa yang ada di dalam jiwa mereka(keyakinan, ilmu, akhlak, sikap, bukan pembangunan luar jiwa atau material) (Al-Quran).


http://ismajepun.com/10-kualiti-mangsa-tsunami-jepun/