Tuesday 10 January 2012

Kalam Tuhan



Hamba selalunya memuja muji Tuhannya bila ditimpa susah. Menjauh sendiri leka pergi bila senang. Dan aku adalah tipikal hamba. Tapi Tuhanku sentiasa ada. paling baik. Yang tahu segala. Yang Maha mengampunkan. Maha Mulia

Sungguh. Allah tidak pernah meninggalkan aku walau untuk kadar sekelip mata pun. Sentiasa jaga. Walau disetiapnya, aku lupa. Aku pergi. Aku leka. Aku perempuan paling biasa, yang hidup aku ada jatuh bangunnya. Ada suka duka. Ada dugaannya. Ada sempit susah yang aku lalui demi detik-detik dewasa ini.

Dan lewat kebelakangan ini.Aku diuji Tuhan dengan masalah yang tak kunjung tiba.
Masalah yang tiada.
Masalah yang kalau menyapa pun sekelumit cuma.
Mungkin.
Kerana hakikatnya, ketiadaan musibah-musibah yang nyata itu menjauhkan jarak aku pada penciptaku
Disibuk sesakkan aku dgn tugas-tugas dunia,Kafarahnya resah gelisah yang menyelirat di jiwa.

Aku menggagah berat tubuh sendiri 10 minit sebelum subuh tadi.
Berat.
Maka berat dan sukarnya memaksa aku mengalirkan air mata.
Tersedar terlambatnya aku hari ini.
Tersedar culasnya aku kebelakangan ini.
Tersedar alpanya aku dek mainan dunia ini.




Awalnya, jiwa aku gersang.
Aku kosong rasa.
Maka aku tahu ada penyakit dalam jasad aku.
Mengapa pagi ini rasa tak termampu?
Mengapa sukar mengalirnya mutiara air mata.

Lalu dalam sujud aku persoalkan kepada Dia,
Aku akui kejauhan aku berada.
Aku akui kealpaan aku terbawa-bawa,
Aku akui resah gelisah yang berselirat di dalam dada.
Tentang air mata yang ingin tumpah tak tahu mengapa,
Namun bagai kering kontang gersang di tanah sahara.

Aku tidak tahu apa ini kafarahNya,
Atau cara aku dididikNya,
Bila dalam sujud itu aku terlena.
Dalam adukku aku hilang dari jaga,
Dalam resah aku diulik air mata,
Dan diminda aku didodoi-dodoi oleh kalamNYA.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu (Muhammad)?,
Dan Kami telah menghilangkan dari padamu bebanmu,
yang memberatkan punggungmu
Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu.
Kerana sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan,
Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan.
Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain
Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.
.

Terima kasih Tuhan,
Kerana dicampakkan rasa resah gelisah ini.
Kerana tidak pernah meninggalkan hambaMu,
Walau aku pernah melupakanMu.


Kerana sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan


Sungguh. Aku rindu pada nikmat rinduMu,
Pada rasa hati ini diasak rasa cintaMu,
Pada rasa tidak sendiri sentiasa ada.

Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan..

Aku buta selepas dilapangnya dada.lalu tertipu. Kerana lapangnya bukan selama.
Bila dalam hati kian alpa dari tetap mengingatinya.
Aku tak memandang sulitnya ujian bila tak telihat nyatanya. Aku terlupa bila telah teduh hujan, mentari tak kekal selamanya. Tetap kan datang petir ribut. Lalu aku lupa bersungguh-sungguh menjalankan amanah selaku hamba.

Ambil jiwaku Ya Rabb.
Asakan lagi rasaku dengan cintaMu,
Dakap kejab hatiku,
Hingga aku tak rasa perlu pada yang selain Engkau.

Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap..

Hanya padaMu aku berserah.
Hanya padaMu aku berharap.
Hanya padaMu.
Kerana dengan mengingatiMu hati akan tenang.
Kerana dengan cintaMu aku mampu bertahan.

Perkongsian dari IluvIslam

No comments:

Post a Comment

Orang suka memberi komen adalah orang yang sentiasa berfikir. Jom jadi golongan itu. ^^