Wednesday 3 November 2010

Seulas kata Pembuka bicara


Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Di bawah langit MU-
Tajuk sebuah lagu nasyid yang dihasilkn oleh sekumpulan penasyid dari indonesia yang mana telah memberikan diriku suntikan idea untuk menjadikannya nama blog ini.Mungkin sejarah sbelum terhasilnya blog ini sebenarnya sangat panjang dan sememangnya perancangan Allah itu adalah sebaik-baik rancangan untuk hamba-hambaNya.

Ini adalah kali pertama di dalam hidup ku yang sememangnya berada di bawah langit Ilahi mencuba untuk mencoret sendiri kata-kata,menyusun ayat dan frasa,membentuk serangkap perkongsian buat tetamu yang hadir diblog ini.mungkin terdapat banyak kesilapan dan kekurangan,moga-moga diri kita sentiasa menjadi lebih baik dari masa ke semasa agar kita tidak menjadi orang yang rugi.

"Demi Masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran, dan nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran." terjemahan surah al asr


Semoga diriku ini mampu untuk terus beristiqamah dalam memberi dan berkongsi,bukan hanya sekadar  mencari dan menerima setiap ilmu yang ada di bawah langitMu.

No comments:

Post a Comment

Orang suka memberi komen adalah orang yang sentiasa berfikir. Jom jadi golongan itu. ^^