Tuesday 2 November 2010

Lihat Langit, Ingat Allah



Kata orang, kalau hati runsing atau fikiran berasa sempit, dongaklah ke langit. InsyaAllah, hati yang runsing akan mendapat ketenangan. Seolah-olah langit yang sangat luas dan tak bertepi itu mampu memberi rasa tenang di dalam jiwa kita.

Namun, harus diingat, yang memberi ketenangan itu bukan langit tetapi Allah s.w.t. Langit hanya menjadi sebab sahaja bagi Allah untuk memberi ketenangan kepada manusia yang melihat langit tersebut.

Hati kita akan menjadi tenang bila dekat dengan sesuatu yang dekat dengan Allah. Kalau begitu pun hati kita dah menjadi tenang, apatah lagi kalau hati kita dekat terus dengan Allah melalui zikrullah dan ibadah. Tentulah akan lebih tenang.

Firman Allah yang mafhumnya,

Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.” (Ar-Ra’d:28)

Pandanglah langit yang luas tidak bertepi. Lalu ingatlah Allah yang bersifat al-Wasi’ (Yang Maha Meluaskan). InsyaAllah, hatikan menjadi lebih tenang dan lapang. Ilmu, rezeki dan lain-lainnya pun akan menjadi bertambah luas. Amiin..InsyaAllah.

Wallahua’lam.

No comments:

Post a Comment

Orang suka memberi komen adalah orang yang sentiasa berfikir. Jom jadi golongan itu. ^^