Wednesday 10 November 2010

Sanggupkah Anda Mengahwini Diri Anda Sendiri??


Menarik soalannya kan ?

Sebelum itu kita sama-sama
..tarik nafas…. lepas ….
….. tarik ……………. lepas …………..
………  tarik……….1..2..3..4. .5..6..7…8… .lepas..( ALLAHUAKBAR)… ..

Bismillahirrahmanir rahim,
Alhamdulillahi rabbil `alamiin…

Fikir.. fikirkan segala kelakuan dan tabiat anda dan kemudian bertanya kepada diri sendiri soalan yang penting ini.

-          Jika saya berjumpa seseorang (iaitu diri saya sendiri) yang mempunyai perwatakan,kelakuan dan sikap seperti yang saya miliki itu, adakah saya sanggup mengahwininya? 

Renungkan dan fikirkan kelakuan yang anda miliki ketika saat ini; dan bukannya kelakuan atau karakter yang ingin anda miliki pada masa hadapan. Anda perlu menilai sikap dan tabiat yang anda miliki hari ini, sekarang juga!

Mulakan berfikir.. berfikir… dan berfikir…..

-          Adakah saya sanggup mengahwini diri saya sendiri? -
Tidak ?! Mungkin ?! 50-50 ?! Tentu sekali ?! Mestilah ?! Entahlah ?!.....

-          Mahukah saya menjadi kawan saya? Bolehkah saya mempercayai diri saya sendiri? Dapatkah saya mencintai diri saya sendiri? Adakah saya akan mengarah diri sendiri? Adakah saya suka pelajar seperti saya? Ataupun; Mahukah saya mempunyai anak seperti saya sendiri?

-          Sanggupkah saya mengambil diri saya sebagai seorang teman?Adakah saya akan mempercayai orang seperti saya? Bolehkah saya menyayangi orang seperti saya? Bolehkah saya bekerja dengan orang seperti saya? .....hmmm…..

Apa yang boleh kita simpulkan daripada jawapan-jawapan ini adalah kita sebenarnya hanyalah insan biasa yang mempunyai banyak kelemahan dan kita tentu akan menjadi lebih baik jika kita melakukan perubahan positif walaupun sedikit pada tabiat dan tingkah laku kita.Revolusi pemikiran.Transform asi perwatakan.Realisas i impian…

Allah al- Kholiq, telah memberitahu bahawa kita perlu bertanggungjawab ke atas segala tindak tanduk kita.

"Bagi sesiapa yang mahu di antara kamu, hendak maju ke depan ataupun  mundur ke belakang- tiap-tiap diri manusia tergadai (terikat) disebabkan oleh usahanya." [al- Mudaththir : 37-38]

Subhanallah. Kita semua akan ditanya oelh Allah tentang segala perbuatan kita dan yang paling penting lagi, kita akan dipertanggungjawabk an di atas af'al tersebut.

Ada sebuah kisah yang sering kita dengar dan baca:

Babak 1:
Suatu malam,Ahmad sedang berjalan di sebuah lorong yang baru baginya dan terdapat sebuah lubang yang dalam di tengah-tengah lorong tersebut.Ahmad terjatuh ke dalamnya. Dia mengambil masa yang lama untuk keluar dari dalam lubang itu. Tetapi apa yang berlaku bukanlah salahnya.

Babak 2:
Keesokannya, Ahmad melalui lorong yang sama sekali lagi. Dia hampir ke lubang itu. Tiba-tiba telefonnya berdering. Dia melihat handsetnya walaupun hanya sebuah miscall.Dan sekali lagi dia terjatuh ke dalam lubang yang sama buat kali kedua. Dan seperti sebelumnya, dia mengambil masa yang agak lama untuk keluar dari dalam lubang tersebut. Apa yang terjadi adalah salahnya kerana tidak mengambil iktibar peristiwa semalam.

Babak 3:
Malam berikutnya Ahmad berjalan di lorong itu lagi. Kali ini, dia mematikan telefon bimbitnya. Apabila ternampak lubang tersebut, dia berjalan menjauhinya. Ahmad terlalu gembira dan menoleh ke belakang,ke arah lubang tersebut dengan senyuman yang lebar. Tanpa disangka-sangka dia terjatuh lagi kerana terpijak kulit pisang. Apa yang terjadi adalah kerana kecuaiannya.

Babak 4:
Sebagai penduduk baru di tempat tersebut, Ahmad berjalan melalui jalan yang sama lagi.
Dia kini lebih bersiap sedia, dengan membawa lampu picit dan mematikan telefon bimbit.
Ahmad menyusuri lorong tersebut dengan penuh berhati-hati. Akhirnya Ahmad sampai ke destinasi dengan selamat.

Babak 5:
Setelah bertegur sapa dengan jiran dan rakan sekerja, Ahmad mendapat tahu akan laluan dan lorong lain yang walaupun jauh sedikit tetapi lebih selamat. Meskipun begitu, dia membuat tinjauan awal di siang hari. Pada malam harinya,dia terus menggunakan lorong baru tersebut.

Walaupun kisah ini ringkas dan sederhana,ianya memberi maksud yang mendalam tentang perubahan yang perlu kita lakukan…

Berapa kali harus kita jatuh ke dalam lubang yang sama? Tidakkah kita akan dianggap dungu, tidak serik,bebal atau bodoh jika kita jatuh ke dalam lubang yang sama berulang kali? Di babak manakah anda berada sekarang? Dan apakah yang harus anda lakukan supaya anda boleh sampai ke destinasi dengan selamat? Kenapa masih lagi terjatuh ke dalam lubang itu walaupun anda sedar tentang kewujudan tersebut?Kenapakah begitu sukar bagi anda untuk mengelakkan diri daripada terjatuh ataupun menggunakan lorong yang lain?

Jadi, sahabat-sahabat sekalian, konklusinya ialah kita perlu membuat keputusan yang cepat dan rasional serta membuat perubahan yang positif. Lakukanlah perubahan demi Allah s.w.t.

Allah telah berjanji..

"(Balasan) yang demikian itu, ialah kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakanNya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha mendengar, lagi Maha Mengetahui." [ al-Anfal : 53]

 "Bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." [an-Nur : 31]

Apakah perkara lain dalam kehidupan ini yang lebih baik daripada janji-janji- Nya?


-perkongsian dari sahabat 51gen kisas

No comments:

Post a Comment

Orang suka memberi komen adalah orang yang sentiasa berfikir. Jom jadi golongan itu. ^^